Di antara penghalang ma’rifatullah ialah kekotoran hati yang disebabkan banyak dosa. Manusia adalah makhluk yang tidak sunyi dari dua sifat; lupa dan salah, kecuali baginda Rasulullah saw yang sentiasa dipelihara oleh Allah dari berperilaku salah. Oleh itu, sebagai makhluk yang dhaif di sisi Allah, kita diperintah untuk sentiasa memohon ampunan dari-Nya.
8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,….. ". (S. At Tahrim/66)
Allah menyeru orang-orang beriman, agar selalu memohon ampunan dari-Nya. Sama ada secara tidak sengaja melakukan kesalahan atau melakukannya secara sengaja, sama ada secara tidak sedar kita melakukannya, atau melakukannya secara sedar.
Ketika tergelincir melakukan kesalahan, janganlah terus beranggapan bahawa dosa dari kesalahan itu tidak akan diampuni Allah, bahawa diri akan diharamkan dari surga-Nya. Itu merupakan sikap berputus asa dari rahmat Allah.
87. …. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir". (S. Yusuf/12)
Berputus asa dari rahmat Allah itu merupakan sifat orang-orang yang tidak percaya terhadap Allah yang mempunyai sifat-sifat mulia seperti Yang Maha memberi rezki, Yang Maha memberi nikmat, Yang Maha Pengampun. Yang Rahman dan Rahim. Tidak memohon ampunan atas dosa yang telah dilakukan boleh menimbulkan rasa berbangga dengan perbuatan maksiatnya itu.
Rasulullah saw pernah berpesan:
اتق الله حيث ما كنت, واتبع السيئة الحسنة تمحها و خالق الناس بخلق حسن
“Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, iringilah perbuatan jahat dengan perbuatan baik agar ia dapat menghapuskannya, dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang baik.”
Itu bagi orang yang melakukan dosa, bagaimana pula bagi orang yang melakukan perbuatan baik?
Orang beriman dan melakukan amal shaleh, tidak patut beranggapan bahawa amalnya itulah yang menjaminnya mendapat kemuliaan Allah, yang menjaminya mendapat surga Allah. Ketahuilah bahawa amal kita merupakan kurnia dari Allah semata-mata, rezki dari Allah, Dialah yang member kita hidayah. Tanpa kurnia dari Allah manusia tidak memiliki daya dan kekuatan untuk melakukan amal tersebut.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Maka apa yang patut dilakukan seorang mukmin yang beramal shaleh ialah memohon ampun dari mempunyai anggapan bahawa dia telah berjasa kepada Allah, kepada Rasulullah saw dengan keislamannya, dengan ketaatannya. lalu menuntut paksa balasan pahala dan surga dari Allah.
17. mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keIslaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (Kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah Yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah Yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).
Selain itu hendaklah ia sentiasa bersyukur atas hidayah Allah, atas kurnia Allah yang memberi kekuatan untuk ia dapat melakukan amal shaleh, bersyukur dengan menambahkan lagi ketaatan kepada-Nya.
Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah mengingkari janji untuk membalas amal baik hamba-hamba-Nya.
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (S. Al Zalzalah/99)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar